Adab Pernikahan (bagian 5)

Written on November 30, 2005 – 10:32 pm | by DHB Wicaksono |

Bismilahirrahmanirrahim Walhamdulillahi Rabbil ‘aalamiin Wassholatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa’ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah amma ba’du…

oleh Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali

Kewajiban suami

Ketujuh: Seorang yang ingin berkahwin, hendaklah terlebih dulu mempelajari hal-hal kaum wanita datang haidh dan hukumnya sekadar termampu, untuk mengetahui hukum wajibnya saja, kemudian hendaklah ia mengajar isterinya cara-cara bersembahyang dan hukumnya serta mengingatkannya tentang kemurkaan Allah Ta’ala jika ia tidak mengambil berat tentang perkara-perkara agamanya. Andaikata suami juga kurang pengetahuan dalam urusan agamanya, tetapi dia berusaha pergi bertanyakan orang-orang yang alim, lalu kembali menunjuk-ajar kepada isteri, maka dalam hal ini juga tidak patut isteri keluar kerana maksudnya bertanya. Tetapi jika suami tidak pedulikan juga, bolehlah isteri keluar kerana maksud bertanya.
Tetapi jika suami pedulikan juga, bolehlah keluar itu, meskipun suami
tidak membenarkan dan harus baginya melanggar larangan suaminya.

Kedelapan: Jika suami mempunyai beberapa isteri, maka hendaklah ia bersikap adil terhadap sekalian isteri-isterinya itu, dan tidak boleh ia melebihkan yang satu dari yang lain. Jika ia ingin keluar negeri dan mahu membawa seorang isteri bersamanya, maka hendaklah ia mengundi antara mereka. Dalam hal suami telah menzalimi seseorang isteri tentang gilirannya, maka seyogyalah ia mengqadha’kan harinya, sebab qadha’ itu wajib. Wajib yang lain ialah adil dalam pemberian dan giliran tidur dan tidak wajib baginya untuk menyamaratakan kasih sayang dan persetubuhan, sebab itu tiada termasuk dalam kuasa pilihannya.

Rasulullah s.a.w. ketika dalam masa sakitnya diusung setiap hari dan setiap malam antara isteri-isterinya bila sampai giliran masing-masing. Baginda (SAW) tetap tidur di rumah salah seorang isterinya di mana jatuh giliran masing-masing, tetapi jika ada di antara mereka yang mengalah untuk rekannya, maka baginda (SAW) akan bermalam di situ pula.

Kesembilan: Dalam keadaan isteri bernusyuz (menentang suami), hendaklah suami cuba mengajarnya dengan baik supaya ia kembali taat kepada suami. Apabila berlaku perselisihan antara suami-isteri dan perkaranya tidak dapat diselesaikan sendiri, maka jika perselisihan itu berpuncak dari kedua belah pihak, ataupun yang ternyata perselisihan itu berpuncak dari pihak suami, sedangkan isteri tidak berupaya untuk menenangkan suaminya, ataupun suami tidak dapat berbuat sesuatu untuk membetulkan semula isterinya; dalam keadaan serupa ini mestilah dicari dua orang hakam sebagai orang tengah. Seorang dari pihak suami dan seorang yang lain dari pihak isteri
untuk mengadili perkara keduanya dan cuba menyelesaikan perselisihan itu secara damai, sesuai dengan semangat firman Allah Ta’ala:
“Jika keduanya memang mahukan perdamaian, niscaya Allah akan memberikan taufiq antara mereka.” (QS an-Nisa’: 35)

Tetapi jika nusyuz itu berpuncak dari pihak isteri semata-mata, maka Allah telah pun berfirman di dalam al-Quran al-Karim:
“Pihak lelaki itu lebih mampu meluruskan kaum wanita.”
(an-Nisa’:34)

Suami tentu sekali mampu mendidik isteri dan membimbingnya ke jalan
mentaati suami secara paksaan. Dalam cara membimbingnya, haruslah diambil jalan secara berperingkat-pringkat; iaitu mula-mula dengan menasihati isterinya secara lemah-lembut dan mengingatkannya akan hak isteri terhadap suami dan mengancamnya bahwa perbuatannya itu akan dikutuki oleh Allah, jika ia ingkar. Kalau ini tidak memberikan kesan, maka hendaklah ia membelakanginya di tempat tidur sendirian meskipun ia masih tinggal bersama-sama dalam sebuah rumah. Hal serupa ini ditempohkan hingga tiga malam berturut-turut. Jika tidak berjaya juga untuk meluruskannya, maka syara’ dalam peringkat ini membolehkan suami memukul isteri dengan pukulan yang tidak mencederakan. Bila memukul jangan ditujukan di muka, kerana yang demikian adalah ditegah dengan keras.

(BERSAMBUNG ke bagian 6)

SUMBER:
INTISARI KITAB
Mau’izhatul Mu’minin min
“IHYA’ ULUMIDDIN”

==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu’min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)
lewat Gus Arland di KMNU2000

Post a Comment

Tentang Kami

Keluarga Muslim Delft adalah wadah kegiatan kemasyarakatan ummat muslim Indonesia di Delft yang bertujuan menggairahkan kegiatan-kegiatan tersebut dalam mengharapkan ridla Allah Subhanahuu Wata’ala.

Ingin Berlangganan?

 Subscribe in a reader
Cari :